Jumaat, 14 Disember 2012

Fungsi Bahasa Melayu



FUNGSI BAHASA MELAYU DALAM MEMBENTUK GAGASAN 1 MALAYSIA

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957 dan semenjak detik pengisytiharan tersebut Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sebagaimana yang telah diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan memperkukuhkan kedudukan sebagai bahasa pengantar dalam institusi pendidikan menerusi Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.
Kamus Dewan (1970:59) mendefinisikan bahasa rasmi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ainon Mohammad (1984) pula merumuskan bahawa bahasa rasmi membawa pengertian sebagai peranan bahasa Melayu sebagai saranan pembinaan negara di dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Oleh itu, dapatlah diringkaskan bahawa bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan di dalam sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentabiran dan di dalaam upacara-upacara rasmi. Bahasa rasmi pula mungkin membawa lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah negara.
Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling ampuh dalam merealisaikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.
Menerusi cetusan idea Perdana Menteri Malaysia, Gagasan 1 Malaysia ingin membentuk satu identiti masyarakat Malaysia melalui budaya dan aspek terpenting untuk membentuk satu budaya ialah melalui satu bahasa dan satu suara. Sejarah membuktikan bahawa perpaduan amatlah sukar dicapai oleh masyarakat pelbagai ras dan etnik tetapi bukan mustahil. Semasa zaman kolonialisasi, British mengamalkan dasar ‘pecah dan perintah’ yang mewujudkan jurang ekonomi manakala dasar ‘laissez-faire’ dalam pendidikan menyebabkan perkongsian pengetahuan dan keseragaman perperiksaan tidak dapat dicapai.
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pelajaran Cina telah mewujudkan kesedaran kebangsaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris.
Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular – yang tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama.
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. Oleh itu, Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama manakala Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.
Gagasan 1 Malaysia sudah pastinya dapat diwujudkan melalui pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami. Penyatuan rakyat melalui bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan boleh diwujudkan melalui penerapan nilai-nilai murni seperti yang tercatat dalam matlamat pendidikan kebangsaan, iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu.
Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu mampu menyemarakkan lagi semangat 1 Malaysia dengan membawa dimensi baharu dalam arena kebahasaa. Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Melalui keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran yang berkesan dan tepat yakni ampu menyampaikan kesinambungan dan kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan. Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa yang akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.
Selaras dengan konsep 1 Malaysia, bahasa Melayu bukan sahaja mampu menyampaikan pelbagai ilmu malahan ia juga memikul tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di Malaysia. Perkara ini telah dibuktikan sejak sekian lama kerana melalui perpaduan yang kukuh dan persefahaman kaum yang kuat dalam kalangan masyarakat, suasana politik dan sosial juga turut stabil sekali gus merancakkan lagi sektor ekonomi negara. Secara tuntasnya, inilah berkat hasil bahasa Melayu yang dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara ini sejak awal tahun 70-an.
Bahasa Melayu memudahkan penguasaan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Selaras dengan konsep rakyat didahulukan, perpaduan akan dikecapi. Nikmat daripada kesejahteraan rakyat maka dapatlah kita merealisasikan pencapaian melalui ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu telah memperkasa anak watan dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi sekali gus dapat melahirkan golongan kelas menengah yang menjadi sinergi dan sumber manusia yang terus menjadi pemangkin pembangunan bangsa dan negara.
Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai ‘lingua-franca’ dan juga ‘bahasa kedua’ akhirnya menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa perundangan, bahasa pentadbiran dan bahsa yang dapat mengungkapkan pelbagai genre dan domain ilmu. Oleh hal yang demikian,bagi memastikan semangat dan kecintaan terhadap kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu dan wahana merealisasikan Gagasan 1 Malaysia, usaha promosi harus dipergiat dari semasa ke semasa.
Berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-rata anak-anak berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi di pejabat bahkan urusan jual beli di pasar raya juga kita sering mendengar bahasa Melayu diujarkan.
Dalam konteks 1 Malaysia, interaksi amat penting bagi menentukan supaya hubungan antara masyarakat pelbagai ras dan etnik dapat terus berlangsung atau dipertahankan. Oleh itu, perlu pengetahuan luas berkenaan bahasa, loghat, jargon, slanga, gurauan, cerita rakyat, budaya setempat dan sebagainya. Pokoknya, kita mesti tahu pelbagai perkara tentang bahasa. Fungsi peribadi pula ialah fungsi bahasa memberi kesempatan kepada manusia untuk menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksinya.
Kesimpulannya, Gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri adalah selangkah di hadapan kita. Perbezaan bahasa bukan lagi penghalang ke arah usaha murni kerajaan ini kerana kita adalah satu bangsa, satu bahasa dalam Gagasan 1 Malaysia.


Rabu, 14 November 2012

PENGHANTARAN TUGASAN KRT 3013(BLOG)

 KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

GROUP EL-A14 (A121PJJ)

NO.1D : 20112054594

PENSYARAH E-LEARNING:PUAN JAMILAH BT HAMID

Isnin, 12 November 2012

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU - Sebelum guru ditugaskan mengajar di sekolah-sekolah, mereka perlu mendapatkan latihan yang mencukupi sebagai persediaan agar dapat mengatasi segala permasalahan yang timbul semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Disamping, membantu dalam mencapai objektif P&P yang diharapkan. Kaedah, pendekatan dan teknik merupakan antara faktor yang terpenting dalam ilmu pendidikan khususnya bidang bahasa. Kaedah ditakrifkan sebagai satu rencana (prosedur) yang menyeluruh bertujuan untuk mengajar sesuatu bahan bahasa secara menyeluruh dan didasarkan kepada pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah yang dipilih seharusnya tidak bercanggah dengan pendekatan. Selain itu, kaedah juga merupakan prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat secara teratur dan harus diikuti untuk mencapai sesuatu tujuan (Mangantar Simanjuntak, 1982:72) guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir. Menurut Currie (1973), menyatakan : ‘ Usually, methods is classified by the way we try to achieve the aim; thus we hear of expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the psilosophy of our teaching task in a given subject in that it oreintates us to the teaching. What we have described as teaching techniques are ways in which, this philosophy is realised in actual class lessons.’ Kemahiran Mendengar Dalam konteks kemahiran lisan, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti perolehan mesej atau maklumat Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level). Seseorang murid yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat. Kemahiran ini juga dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan untuk memungkinkan murid fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu. Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran. Menurut Yahya Othman dalam buku ‘Pedagogi Bahasa’ pula menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah bagi tujuan mendengar. Keupayaan mendengar yang berkesan perlu ditekankan supaya murid dapat menguasai semua mata pelajaran ketika di dalam kelas. Takrif Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran. Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama seperti: b – d (badang - padang) d – t (datang - tatang) l – r (lali - lari) k – g (kalah - galah) Peringkat kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung pada pengetahuan, pengalaman, budaya dan sikap pendengar itu. Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman yang berikut: a) Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar seperti fakta danbudaya bahasa yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan. b) Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar. c) Pengetahuan tentang sistem bahasa. Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu aktiviti yang aktif. Si pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu pendengar juga memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar Proses mendengar sesuatu yang didengar melibatkan organ telinga untuk mendengar sesuatu bunyi. Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat peringkat iaitu yang pertama, mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa, kemudian memahami bunyi-bunyi tersebut, menilai bunyi-bunyi tersebut dan yang keempat bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi. Matlamat Kemahiran Mendengar Murid-murid didedahkan dengan kemahiran mendengar di sekolah adalah untuk membantu murid mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat, dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan seharian, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi social, untuk mendapat hiburan, memperoleh maklumat serta penyataan perasaan dan apresiasi seni. Justeru, melalui keMahiran mendengar ini, murid-murid didedahkan dengan memperoleh idea, mencari isi-isi penting, mengenalpasti makna tersirat dan sebagainya. Peringkat-peringkat Kemahiran Mendengar Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran mendengar. Pada peringkat awal kemahiran mendengar, murid akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. Mereka juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat dalam petikan. Pada peringkat ini juga, pelajar akan melakukan perkara dan aktiviti yang disuruh oleh guru. Sebagai contoh, guru menyuruh muridnya menggayakan gaya seekor itik, maka murid tersebut akan bertindak balas dengan menggayakan aksi seekor itik mengikut kekreatifan masing-masing. Selain itu, pada peringkat awal ini, pelajar cepat bertindak terhadap soalan yang mudah. Murid-murid juga dapat mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat. Pada peringkat kedua atau peringkat pertengahan dalam kemahiran mendengar ini, murid didedahkan untuk mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. murid juga diajar untuk mengenal informasi-informasi spesifik atau maklumat khusus. Sebagai contoh, guru memberitahu murid tentang sebuah peristiwa yang terjadi baru-baru ini. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan murid serta dapat mengetahui cara-cara untuk menghayati sambutan perayaan atau peristiwa seperti yang diberitahu oleh guru. Pada peringkat ini juga, murid didedahkan untuk mengenali sebab dan akibat sesuatu tindakan yang dibuat. Peringkat ketiga pula ialah peringkat maju dalam kemahiran mendengar. Pada peringkat ini, murid dilatih untuk mengenal isi-isi penting. Sebagai contoh, dalam sebuah karangan, guru akan mengajar bagaimana untuk mencari isi-isi utama dalam karangan tersebut. murid akan dapat mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap. Selain daripada itu, murid akan diajar untuk mentafsirkan maksud orang yang bercakap. murid tersebut juga dapat membezakan tekanan dan intonasi dalam sesebuah pertuturan. Contohnya, dalam sukatan pelajar Tahun Empat, pelajar diajar mendengar dan mengecam intonasi yang betul dalam soalan tanpa kata tanya. Mereka juga diajar untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang didengar sama ada merujuk kepada guru atau kawan-kawan. Pada peringkat ini juga, murid akan dididik untuk mengikut aliran dalam dialog atau perbualan serta mereka dapat menafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur nahu. Justeru, sesorang guru yang ingin merancang sebuah bentuk pengajaran dalam kemahiran mendengar haruslah memahami dan mematuhi beberapa prinsip yang telah digariskan dengan tujuan untuk menyampaikan sebuah engajaran yang lebih efektif. Antara prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar adalah : a) Mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan diingati b) Proses mendengar berlaku melalui latihan scara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat c) Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya d) Aspek fizikal, psikologi dan nerologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang e) Pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan f) Mendengar berlaku melalui proses akal dan bukannya perasaan g) Mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu h) Mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik i) Mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi. Faktor – faktor yang mempengaruhi Kemahiran Mendengar Terdapat kajian yang menyatakan bahawa kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Biasanya ia dibahagikan kepada beberapa kategori. Namun yang demikian, bentuk-bentuk kemahiran mendengar ini juga dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Seseorang itu dapat membuat tafsiran, mengkritik, menganalisis, membuat ulasan dan komen yang bernas dan jitu. Biasanya murid yang mampu mendengar secara kreatif adalah yang terdiri daripada mereka yang boleh berfikir dengan baik, cekap dan bijak. Mereka itu telah mempelajari dan menguasai bahasa yang hendak digunakan itu dengan baik. Salah satu faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar adalah faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai pendengaran yang semula jadi sejak dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang ada yang mempunyai pendengaran tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran. Faktor yang seterusnya adalah jantina. Terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Apabila kanak-kanak lelaki berumur 7 hingga 9 tahun, mereka kurang kefahaman tentang kemahiran mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan mereka. Yang ketiga adalah status ekonomi. Latar belakang keluarga seperti kemudahan rumah, pengaruh ahli keluarga serta interaksi antara ahli keluarga boleh mempengaruhi kemahiran mendengar kana-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar. Faktor lain juga termasuklah gangguan bunyi. Semasa mendengar, terdapat banyak gangguan seperti persekitaran dan bunyi bising. Ini mempengaruhi pengamatan dan kemahiran mendengar seseorang itu. Yang terakhir adalah mental. Kemahiran mendengar ini berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk bertindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar. Kesimpulan Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa dan seterusnya memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut. Prinsip dalam mengajar kemahiran mendengar iaitu mendengar merupakan gabungan daripada apa yang dilihat, di dengar dan diingat membuktikan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana dan amat bertepatan dengan penyataan individidu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding kecerdasan otaknya. Pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan. Dipetik dari blog Wadah Pelajar IPG

Ahad, 7 Oktober 2012

Contoh RPH


LAMPIRAN 1
OBJEKTIVISME (HARI PERTAMA)
UNIT 2
Tarikh/Hari :  16.4.2012/ Isnin                                                      Masa:  9.00 – 10.00 (1 jam)
Kelas : 1 Bestari                                                                                         Bil. Murid: 30 orang
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk :  Menjaga diri
Objektif :  Pada akhir pelajaran  murid dapat:
            I .mendengar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan anggota badan

            ii.menyebut dan mengeja perkataan mengikut suku kata terbuka dan tertutup

Konsep: Menyatakan kepentingan menjaga anggota badan

Bahan: Bahan maujud seperti sabun mandi, ubat gigi, berus gigi syampu,gambar-gambar, dan lembaran kerja

Pengetahuan sedia ada:  1.  Murid pernah mandi.

                           2.   Murid pernah mandi menggunakan sabun
Nilai:  Bertatasusila dan bertanggungjawab
Kemahiran:                     

Fokus Utama                                                  
Standard Kandungan:           1.2   Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu
                                                      abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.                                                   
\                                                        
 Standard Pembelajaran :   1.2.4    Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan
                                                       yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan
                                                       betul dan tepat.                                                    

Fokus Sampingan
Standard Kandungan :          2.2  Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada
                                                     Pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
 

Standard Pembelajaran :    2.2.1   Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua 
                                                      suku kata, diftong, vocal berganding, digraph dan
                                                       konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

 Elemen Merentas Kurikulum  :   i  . Ilmu : Sains (anggota badan), Pendidikan Kesihatan,Pendidikan                                                    
                                                          Moral
                                          ii  . Nilai : Menjaga kebersihan anggota badan.
                                         iii  . KBT : Kemahiran Berfikir – mengumpul dan mengelas
Sistem Bahasa               : Tatabahasa: Kata nama am, kosa kata
Media                            : Gambar anggota badan, kad perkataan, lembaran kerja,




Langkah/Masa



Isi pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran



Catatan

Aktiviti Guru


Aktiviti Murid


Langkah 1

Set induksi

3 minit

Tajuk : Menjaga diri

Bersoaljawab mengenai anggota badan  yang ditunjukkan melalui gambar dan menunjukkan contoh murid sebagai model.

1.  Guru menunjukkan gambar-gambar anggota badan

2.  Guru bersoaljawab mengenai anggota badan tersebut.

1.  Murid melihat dan bersoaljawab mengenai anggota badan.

2.  Murid-murid bersoaljawab dan menyatakan pendapat mengenai anggota badan.


Teknik bersoaljawab

Langkah 2

4 minit

Menunjukkan benda yang digunakan untuk membersihkan badan.

1. Guru meminta murid-murid menyebut perkataan yang berkaitan dengan anggota badan dan benda yang di gunakan untuk membersihkan badan yang ditunjukkan mengikut suku kata terbuka dan tertutup.

1.   Murid meneliti dan menyampaikan secara lisan maklumat ynag diperlukan.

2.   Murid berpasangan bercerita mengenai cara mejaga kebersihan diri



Berkomunikasi

Langkah 3

10 minit


Murid menceritakan cara-cara menjaga kebersihan diri dan peralatan yang  selalu digunakan.
1. Guru meminta murid mengeja dan membaca perkataan yang dipaparkan dengan bimbingan guru.
2.Murid menyuaikan suku kata menjadi perkataan yang betul
3. Guru merangsang murid untuk melakonkan situasi di bilik mandi.


1.  Murid berbincang di dalam kumpulan untuk melakonkan dialog


Main Peranan

Langkah 4

10 minit


Latihan bertulis

1.  Guru membimbing murid cara menulis suku kata supaya menjadi perkataan yang betul

1.Murid menulis setelah mengeja dan menyebut perkataan berpandukan gambar  pada lembaran kerja.




Kata nama

Langkah 5

Penutup

3 minit


Rumusan/ Kesimpulan

Guru membuat rumusan dan menyenaraikan perkataan-perkataan mempunyai suku kata terbuka dan tertutup.
               
1.Murid menyanyi mengikut senikata pada lembaran kerja.

2.Murid menyenaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pengajaran hari ini.


Refleksi:
Salam Satu Malaysia untuk pembaca blog ini.

Tugasan yang sangat menarik dan mencabar.Harap bersama-sama kita belajar dan menjayakannya kerana saya pun bermula dari 0.